Thursday, 16 June 2011

La Tahzan, innallahama'ana..nukilan dan renungan buatku dan juga sahabat2...

* Kata ini ku ukirkan tulus untuk diri sendiri mahupn sahabat2 seperjuangan..tidak tercalit sedikit pun perasaan mahu menyindir..

  Apabila angin bertiup kencang, hilang rasa bayu yg menguis lembut..Apabila hujan deras berjatuhan, tak terasa kelopak mata ini bersinar dek air mata..yang akhirnya gugur juga manik2 ini ke bumi Allah..tak terungkap betapa besarnya kuasa Allah..tak terjangkau indahnya nikmat yang telah Allah berikan..menyesal erti dosa..mengenal erti payah..hati ini kuat mengatakan..''ini lah air mata berupa ujian yang datang dari Allah berserta kasih sayang-Nya..terima kasih kerana telah menganugerahkan aku segulung keinsafan..sebutir hidayah buat hamba-Mu yang dhaif ini..

  Malunya aku ya Allah..malunya aku kerana setelah aku jatuh tersungkur barulah aku mahu untuk mengingati-Mu..[ air mata ini bercucuran lagi saat jari jemari deras menekan kekunci..]

  Walaupun aku sendiri sedar ujian yang diberikan tidak sehebat ujian-Mu ke atas pejuang-pejuang islam terdahulu..Hanya sekecil titik saja ujian yang Engkau berikan padaku..tetapi aku sudah terasa seperti tidak mampu untuk menghadapi..bantulah aku Ya Allah..terlalu banyaknya anganku di dunia ini bahkan untuk menjadi seorang hamba yang taat pada suruhan-Mu..tetapi aku rebah oleh hasutan yang tiba..

  Ya Allah..sentiasa lah bagi jalan padaku agar aku sentiasa berada di landasan-Mu..ikhlaskan lah hatiku dalam setiap kejadian..kuatkan lah hati yang sentiasa lemah ini agar tidak mudah mendengar bisikan2 hitam yang boleh membuat aku jatuh lagi..yang boleh membuatkan aku jauh dari-Mu..sentiasalah dekatkan diriku dengan-Mu..dekatkan lah aku dengan sahabat2 yang boleh sama membimbing aku ke jalan-Mu..aku tahu mereka juga merasakan hal yang sama denganku..sentiasa ingin berada dekat dengan-Mu..oleh itu berikan lah kami petunjuk-Mu ya Allah..supaya kami tidak lagi lari jauh dari jalan yang Engkau tetapkan..
Ya Rabb..janganlah Engkau biarkan kami terus berada di bawah..setelah kami jatuh..atau tidak mampu bangun kembali..hanya Engkau mulanya dan Engkaulah akhirnya..

  Ya Tuhanku..selama 22 tahun aku hidup di bumi-Mu..yang aku pinjam dari-Mu..tidak sedarkah aku pada dosa2 yang aku coretkan pada mulanya ia adalah putih..tidak terhitung dosa2 ini ya Allah..aku hanya mengejar dunia semata..lupanya aku pada akhirat..oleh itu ampunilah dosa2 ku Ya Allah..tetapkanlah jiwa ini hanya kerna-Mu..

  Layakkah aku menatap wajah2 pejuang-Mu..layakkah aku berada di antara mereka..tidak...sungguh aku tidak layak..setidaknya Engkau kurangkanlah azab dan deritaku di alam sana nanti Ya Tuhanku..paling tidak, izinkan aku untuk melihat indahnya Syurga-Mu walaupun ia sekadar di ekor mataku..izinkan aku untuk menghidu harum kasturi yang datangnya dari Syurga-Mu..cuma harapanku..

  Aku tahu Engkau tidak akan selamanya membiarkan aku dan orang2 yang dekat denganku hanyut...kerana aku dan mereka tahu..ketetapan-Mu tidak akan berubah..Engkau lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kami..

  Jari jemari ini tidak mampu lagi untuk menekan kekunci..mata ini tidak mampu lagi membaca jelas dek mata yang selalu dilanda badai..apa yang termampu..HATI..selalu berdoa mengharapkan keampunan dari-Nya..TANGAN..selalu menampung hati untuk menadah tangan berdoa kepada-Nya..SUARA..merintih sayu menyuara dan mengiakan apa yang hati turut rasakan saat ini..MATA..memaksa manik2 jernih ini jatuh bertaburan di bumi Tuhan..

  Ya Allah..Engkaulah saksi..bahkan alam ini turut menjadi saksi..Engkau lebih mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui...:(

Wednesday, 15 June 2011

Jalan Hidupku..~

Bismillahirrahmanirrahim.. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani..
 
Akhir-akhir ini, selalu jer kita dengar pasangan tu putus cinta pasangan ni cintanya tiada kesampaian.. kan?? kenapa?? tepuk dada tanya lah iman.. mungkin kita hanya merancang tapi sebaik-baik penentu adalah Allah s.w.t.. mungkin cinta yang tiada redha Illahi, ataupun Allah s.w.t sengaja temukan kita dengan orang yang salah dahulu.. kenapa?? sebenarnya Allah ni cemburu juga.. cemburu?? knp cemburu?? yelaa..Dia cemburu bila cinta kita pada manusia melebihi cinta kita kepada-Nya.. Allah taknak kita terus hidup sebagai seorang yang alpa.. lalai pada suruhan-Nya.. percaya tak yang Allah s.w.t terlalu sayangkan kita semua?? betul... buktinya sehingga ke hari ini kita masih lagi diberi peluang untuk hidup di bumi Allah yang aman ini.. masih boleh jumpa kawan2, buat keje tu buat keje ni.. dan yg penting masih dapat tatap wajah mak abah kita kn (pd yang punya ibu bapa syukurlah..sy hanya ada mak jer membesarkan sy smpai sekarang..abah meninggal di waktu sy berusia 6 tahun lg..) susahnya kn mak besarkan 8 orang anak??boleh pasti ke 8 orang anak ni leh jaga mak nanti?? insyaAllah kenapa tidak kn..

Sebut pasal cinta ni.. sy pn pernah juga bercinta.. (cinta monyet..macam2 la kn??) biasa la semakin meningkat usia kita semakin banyak dugaan yang Allah bagi.. tetapi cinta tu sia2 la kot rasanya.. walaupon cinta bagai nak rak.. knp putus?? percaya tak bila sy ckp masa sy msh berhubung dengannya dia kata dia akan bertunang dengan orang lain.. hati mana yang tak sedih kn? berbalik pada ayat ''kita hanya merancang, tetapi Allah yang menentukan..'' mungkin dah tiada jodoh..nak buat mcm mana kn? arghh masa putus cinta tu xpayah nk cakap la perasaan ni bagaimana.. xboleh lari daripada kesedihan! mujur ade keluarga yang selalu paham keadaan diri ini terutama bonda tercinta! kawan2 pn ade juga bagi semangat, nasihat.. terima kasih semua..
Sehinggalah suatu hari diri ini terasa ingin bersendiri.. termenung.. memikirkan dosa2 semalam.. merintih.. menangis mengadu pada Yang Maha Esa..''Ya Allah..Tuhan Yang Maha Pemurah..terasa diri ini adalah insan yang paling hina..oleh itu berikanlah aku keampunan-Mu..hanya pada-Mu aku bermohon..limpahkan lah aku hidayah dan petunjuk dari-Mu ya Rabb..aku pernah mencintai seorang hamba-Mu..jika dia betul2 untukku satukanlah kami apabila tiba masanya nanti..dan jika Engkau telah menetapkan yang terbaik untukku darinya, bantulah aku untuk melupakannya..bantulah aku untuk sentiasa mengingati-Mu, bersyukur pada-Mu dan sentiasa bersujud pada-Mu..berikanlah aku keampunan walaupn dosaku setinggi gunung2, seluas2 lautan..sesungguhnya aku tidak layak jejakkan kaki ini ke Syurga-Mu..sungguhpun begitu, aku tidak pula berdaya untuk ke Neraka ya Allah..ampuni lah dosa2 ku yang telah lalu, dan yang akan datang..terima lah taubat hamba-Mu yang dhaif ini..ameen ya Rabbal alamenn.."

Dah buat solat hajat, solat istikharah, baca Kalam Allah tu..baru lah hati ini terasa sedikit tenang..insyaAllah keputusan yang Allah bagi lebih baik..sekarang diri ini lebih tenang bila mula belajar untuk mencintai-Nya.. nikmat dan hidayah yang Allah dah kurniakan ini insyaAllah akan sy manfaatkn sebaik mungkin.. kini sy masih mencari..eh2 bukan cari calon laaa..sy masih mencari, dahagakan ilmu untuk dekatkan diri dengan Allah s.w.t.. 

Dah tu ramai plak kawan2 duk bagi persoalan ''bila nak kahwin?" jawab je "belum sampai seru..masih belum jumpa yg betul2 sesuai..doa2kan supaya dapat suami soleh eh!" heheheee..betul..buat masa sekarang sy serahkan semuanya pada Allah.. kerana Dia lebih mengetahui.. ada hikmah di sebalik semua ini..insyaAllah..

Inilah jalan hidupku.. semuanya sudah ditentukan oleh-Nya.. Allah Maha Mengetahui apa yang kita tidak ketahui.. usahlah salahkan pada takdir semata..

Hmm..rasanya sampai disini dululah ya.. insyaAllah jika ada kesempatan, tangan ini akan segera melakarkan setiap bait2 pada entry ini..mohon maaf jika penulisan ini kurang elok atau ada memakan hati mana2 pihak..yang baik itu datangya dari Allah, mana yang khilaf datangnya dari diri saya sendiri.. ;)


Monday, 13 June 2011

Tiga Tetamu Misteri..

Assalamu’alaikum wbt…
~Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang~

Seorang isteri tinggal di rumahnya bersendirian. Suami dan anaknya pergi bekerja di kebun berdekatan. Sedang dia sibuk menyediakan makanan tengah hari, datang tiga orang tetamu yang begitu tua memberi salam di hadapan rumahnya.

Setelah menjawab salam, dia berkata,“Saya tidak dapat menjemput tuan-tuan masuk ke dalam rumah kerana suami saya tiada. Sudikah tuan-tuan duduk di halaman sementara menunggu suami saya pulang?”

Salah seorang daripada mereka berkata,“Tidak mengapa, biar kami menunggu di luar.”

Sejurus si suami pulang, mereka bersalaman dan para tetamu itu memperkenalkan diri.

“Saya KEJAYAAN,” kata lelaki pertama.

“Saya KEKAYAAN,” kata lelaki kedua.

“Dan saya KASIH SAYANG,” ujar lelaki tua yang terakhir.

Si lelaki menjemput para tetamunya masuk. Namun, yang paling tua antara mereka berkata, “Hanya seorang daripada kami yang boleh masuk.”

“Jadi kami terpaksa terpilih antara kamu bertiga?”

“Ya,” jawab mereka.

“Tunggu, kami berunding dahulu,” pinta tuan rumah.

“Kita pilih kekayaan,” cadang si isteri. “Semoga rumah kita dilimpahi kekayaan. Dengan kekayaan, kita boleh mendapat apa sahaja yang kita dambakan selama ini.”

“Tidak,” kata si ayah. “Apa kata kita pilih kejayaan. Apabila kita berjaya, pasti kita akan dapat apa harta. Bukan itu sahaja, malah banyak lagi.”

“Ayah, ibu. Saya cadangkan kita pilih kasih sayang,” kata si anak. “Biarlah kita hidup seperti hari ini. Hidup bersederhana tetapi ianya penuh dengan kasih sayang. Saya gembira dan merasa amat bahagia bila ayah dan ibu saling berkasih sayang dan menyayangi saya…”

Kedua suami isteri itu tersentak dengan pandangan si anak yang begitu murni.

“Baiklah, kita akan jemput kasih sayang masuk ke dalam rumah kita,” kata si ayah.

“Tuan-tuan yang dihormati, kami mengambil keputusan untuk menjemput kasih sayang sebagai tetamu. Kami mohon maaf kerana menolak tuan kekayaan dan kejayaan kerana itu jua yang tuan-tuan minta.”

Maka tetamu kasih sayang masuk ke dalam rumah mereka, namun diiringi oleh kedua-dua orang tua yang lain. Tuan rumah terkejut melihat ketiga-tiga masuk ke dalam rumah.

“Eh, maafkan saya! Mengapa tuan-tuan semua masuk? Bukankah tadi kami hanya memilih kasih sayang?”

“Anakku, jika kau menjemput kasih sayang bererti kau juga menjemput kekayaan dan kejayaan. Sudah menjadi prinsip kami, kami akan pastikan ke mana sahaja kasih sayang pergi, kami akan mendampinginya.”

Mendengar yang demikian, lelaki, isteri dan anaknya tersenyum gembira. Alhamdulillah!

PENGAJARAN: Keluarga yang berkasih sayang mempunyai segala kebaikan. Dengan kasih sayang, kejayaan dan kekayaan akan menyusul. Jika bukan kekayaan harta, mereka akan meraih kekayaan jiwa atau lebih daripada itu mereka akan memperoleh kedua-duanya sekali – karya harta, karya jiwa!

Dekatkanlah Diri Dgn Allah, Kita Takkan Rugi..!!

A : "weh kau tahu x bfriend aku call aku 3x shri,love of my life(wt muka)..
B : "oh really? lover aku call aku 5x shri (muka bgga)
A : Bestnya,byk crdit lover kau?.
B : xlah ni cnnection wless
A : (muka xpuas hati) hmm..kul brp dia call?
B : SUBUH, ZOHOR, ASAR, MAGHRIB and ISYA'. Nak rmntik aku plk call DIA kul 2-3 pg cmtu. Msa Dhuha pun ada.
●●●●⊱●●⊱●●⊱Sebar-sebarkan,Semoga Bermanfaat ●●⊰●●⊰●●●●

Thursday, 9 June 2011

:: JoM JaDi oRaNG aSiNG! ::

....بسم الله الرحمن الرحيم 
-السلام عليكم-

senyum and baca.. macam biasa la ye.


semalam gila.. hari ni asing..macam-macam la kn??

semua setuju untuk tak jadi orang gila kan?

tapi.. hari ni.. saya nak ajak semua orang jadi 'asing' @ 'pelik' @ 'janggal' @ 'dagang'..

kenapakah?
adakah saya tak berapa nak sehat?

owh.. tidak.. saya sihat walafiat..


yang ini lebih jelas kalau tak nampak apa yang ditulis dalam pic kat atas ni :
Daripada Abu Hurairah r.a.: Bersabda Rasulullah SAW :

"Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing".

H.R. Muslim

korang paham ke?

tak ea?

maksudnya macam ni.. 
mula-mula dulu ajaran Islam datang ke Mekah dalam keadaan asing.. bayangkan semua orang berada dalam jahiliah. hanya Nabi SAW dan beberapa orang sahabat lain sahaja yang beriman dengan Allah SWT..

kalau semua orang jalan guna TANGAN, tiba-tiba datang seorang manusia yang jalan guna KAKI.. asing and pelik tak orang yang jalan guna KAKI tu?
asing lah jugak dalam konteks ayat kat atas ni.. tapi.. siapa yang betul sebenarnya?
mestilah yang berjalan guna KAKI tu.. kan?

konsep dia macam tulah..

cuba bayangkan.. seorang remaja yang tak suka tengok bola, tak suka main game, tak pergi tengok wayang, seorang yang tak suka melawa, seorang yang tak suka lepak-lepak buang masa, seorang yang tak kenal siti nurhaliza, dan konfius apabila disebutkan NORA ELENA kepadanya.. pelik ke dia tu?

sekarang ni, orang pakai tudung labuh dikata ekstrem.. orang buat baik dikata menunjuk.. kalau tak suka tengok bola tapi suka pergi ceramah dikata pelik.. kalau tak pernah tengok wayang dikatakan ASING..

memang orang yang macam tu nampak asing..
tapi..

i will say, dia adalah ORANG ASING YANG BERUNTUNG!

so, jom jadi ORANG ASING!
bukan MAKHLUK asing yang naik UFO tu ea..

jom! jom!

sama-sama memperbaiki diri..and menghiasi peribadi.

biar PELIK pada pandangan manusia SEBAB yang penting adalah siapa kita pada pandangan ALLAH.

Wednesday, 8 June 2011

Betul Ke Wahai Wanita..??

siapa kata jadi perempuan tu senang?

nak kena tutup sana, tutup sini

tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang x bising

perempuan, stoking pon kena pakai

cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari

komfem x tahan bertutup semua

tapi, perempuan cool jek

tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan?

siapa kata jadi perempuan tu senang?

tiap2 bulan, mesti ada penyakit

nak pergi kelas pon susah

cuba tengok budak lelaki , selamber jek

kadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakit

tapi, perempuan hidup berpuluh2 tahun dgn penyakit tiap2 bulan, survive je

tengah2 sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pon x perasan yg dia sakit

hebat kan perempuan?

siapa kata jadi perempuan tu senang?

hati mereka Allah jadikan lembut betul

cepat je sensitif

cuba tengok orang putus cinta

selalu perempuan yg paling susah nak lupa

lelaki lepas putus cinta cepat jek pasang baru

cuba pergi wayang tengok cerita hindustan

siapa yg paling teruk menangis?

perempuan kan?lelaki boleh gelak2 lagi

lembut tak lembut hati perempuan

tapi dengan hati yg lembut tu perempuan dapat mengagumkan lelaki

hebat tak perempuan?

disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni lah, ramai perempuan yg merajuk dengan Allah

diorang cakap, Allah x adil

kenapa Allah lebihkan lelaki?

kenapa perempuan kena dengar cakap suami?

kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami?

padahal jadi perempuan tu sangatlah susah

bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, x susah macam nak jaga sorang anak perempuan

dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan2 kat luar sana yg rebel

diorang pakai pakaian yg tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki x payah tutup pon'

diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki

diorang sanggup gadaikan diri diorang sbb percaya dengan janji manis kekasih yg busuk hati

kesian kan kat diorang?

disebabkan fikiran yg negatif terhadap Allah, diorang sanggup rosakkan diri diorang

diorang cakap diorang buat macam tu sbb Allah x adil

persoalannya sekarang

betul ke Allah x adil dengan perempuan?

betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami

tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa kalau bukan kaki ibunya?

betul, isteri kena ikut cakap suami

tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya

x adil lagikah Allah pada perempuan?

Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan

untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya

kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri

cuma ada 4 orang yg syurganya bergantung pada seorang lelaki tu

tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki

bermakna ada 15 orang yg syurganya terletak pada seorang perempuan tu

mashaAllah, hebatnya perempuan kan?

kenapa perempuan hebat?sebab kasih sayang Allah yg jadikan kita hebat

cuba dengar pula lagu2 yg berkumandang dekat radio

banyak lagu pasal perempuan kan?

jarang kita dengar lagu pasal lelaki

sayang x sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam tu sekali dekat dunia

masih x adil lagikah Allah dekat perempuan?

Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan

sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni

perempuan senang nak masuk syurga

tengok hadis ni

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."

(Hadis Riwayat Ahmad)

x adil lagikah Allah dekat perempuan?

oh perempuan, sedarlah

betapa sayangnya Allah padamu

betapa cintanya Allah padamu

tapi, kenapa kamu nak rosakkan diri kamu kerana fikiran2 negatif yg x berasas dekat Allah?

Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia

bayang, dunia yg besar ni, dunia yg cantik ni, kita jadi hiasan

dan seindah2 hiasan tu adalah wanita solehah

kesiannya dekat perempuan yang tolak untuk jadi seindah hiasan kan

Di Sebalik Mati....

Bila sebut pasal mati..ada yang gerun.Pada yang jenis kuat mengelamun,ingat umur akan panjang bertahun-tahun tu yang buat dosa bertimbun-timbun.

Mati akal, jalan mati dan ikat mati walaupun ada perkataan mati tapi kita tidak takut kerana ia memang tidak ada kena mengena dengan kematian atau urusan pengebumian.


2.  Tiadanya gelaran Datuk Seri, Datuk Paduka, Datin, PJK, AMN, KLW, ABC dan pelbagai annugerah lain disebut semasa talkin dibaca.Hanyalah gelaran arwah yang kekal bersama korang.


3.  Bukan BMW, Ferrari, Waja, Viva, atau berbagai jenis kereta lagi yang membawa korang ke kubur tapi hanyalah van mayat yang jauh bezanya dengan kereta kesayangan semasa korang hidup.


4.  Takkan adanya alunan muzik, punk, hip hop, balada atau tradisional yang selalu korang selalu dengar semasa hidup mengiringi korang ke lubang kubur kecuali irama tangisan atau ayat-ayat suci kalam allah.


5.  Tiada jeans, skirt, t-shirt atau bermacam fesyen pakaian yang sering dipakai semasa hidup kecuali kain kafan berwarna putih sahaja yang dipakaikan tanpa mengira orang kaya atau miskin.


6.  Bukan bersemadi di rumah teres, apartmen atau bangle berkolam renang yang selalu dibanggakan semasa hayat tetapi hanya tubuh terbujur kaku senderian di liang lahad berukuran lebih kurang semuat korang.

5 SYARAT BERBUAT MAKSIAT..

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata:
"Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat."
Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata:
"Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat."
Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya.
"Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"
Ibrahim bin Adham berkata:
01."Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezeki-Nya."
Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata:
"Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?
"Ya!" tegas Ibrahim bin Adham.
"Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"
02."Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!
Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati.
Ibrahim kembali berkata kepadanya:
"Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"
"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab:
03."Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!"
Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata:
"Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?"
"Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim.
Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.
Ibrahim melanjutkan:
04."Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh"
Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar dan berkata:
"Wahai Ibrahim , mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"
"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"
"Baiklah, apa syarat yang kelima?"
Ibrahim pun menjawab:
05."Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."
Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata:
"Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku ingin bertaubat kepada Allah." katanya sambil teresak-esak..
RENUNG2 KANLAH...

AZAB-AZAB TINGGALKAN SEMBAHYANG..

Dalam sebuah hadis menerangkan bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda : "Barangsiapa yang mengabaikan solat secara berjemaah maka Allah s.w.t. akan mengenakan 12 tindakan yang merbahaya ke atasnya. Tiga darinya akan dirasainya semasa di dunia ini antaranya :-
· Allah s.w.t. akan menghilangkan berkat dari usahanya dan begitu juga terhadap rezekinya.
· Allah s.w.t. mencabut nur orang-orang mukmin daripadanya.
· Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.

Tiga macam bahaya adalah ketika dia hendak mati, antaranya :
· Ruh dicabut ketika dia di dalam keadaan yang sangat haus walaupun ia telah meminum seluruh air laut.
· Dia akan merasa yang amat pedih ketika ruh dicabut keluar.
· Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.

Tiga macam bahaya yang akan dihadapinya ketika berada di dalam kubur, antaranya :-
· Dia akan merasa susah terhadap pertanyaan malaikat mungkar dan nakir yang sangat menggerunkan.
· Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
· Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari).

Tiga lagi azab nanti di hari kiamat, antaranya :
· Hisab ke atasnya menjadi sangat berat.
· Allah s.w.t. sangat murka kepadanya.
· Allah s.w.t. akan menyiksanya dengan api neraka.

Syair Hamzah Fansuri:~

Munkar Nakir bukan kepalang
Suaranya merdu bertambah garang
Tongkatnya besar terlalu panjang
Cabuknya banyak tiada terbilang

Kenal dirimu hai anak Adam!
Tatkala dunia terangnya alam
Sekarang dikubur tempatmu kelam
Tiada berbeza siang ataupun malam

Kenal dirimu hai anak dagang!
Di balik papan tidur terlentang
Kelam dan dingin bukan kepalang
Dengan siapa lawan berbincang

La ilaha illallah itu firman
Tuhan itulah pergantungan alam sekelian
Iman tersurat dihati insan
Siang dan malam jangan dilalaikan

La ilaha illallah itu tempat musyahadah
Menyatakan tauhid jangan berubah
Sempurnakan jalan iman yang mudah
Pertemuan Tuhan terlalu susah.

KAKI KU LEBIH BERSIH DARI MUKA MU...~

ni mungkin cerita rekaan yang saya terima dari rakan blogger.Tetapi sangat baik untuk di jadikan teladan.Kisah berlaku dalam sebuah pesawat yang sedang menuju ke Kuala Lumpur.Kebanyakkan dari penumpang pesawat tersebut ialah mereka yang sedang perjalanan pulang ke tanah air selepas mengerjakan umrah.
Dalam pesawat tersebut berlaku satu peristiwa di mana seorang pramugari ternampak seorang pak cik sedang membasuh kakinya di sinki di dalam tandas yang kebetulan lupa di tutup.

Pramugari: Pak cik tolong jangan basuh kaki di dalam sinki.Sinki untuk basuh tangan dan muka, bukan untuk basuh kaki yang kotor tu.Bersopan lah sikit pak cik!

Pak cik: Baik puan, maafkan pak cik.Tapi boleh pak cik tanya sikit?
Pramugari: Apa dia?

Pak cik: Puan, dalam sehari berapa kali puan basuh muka puan?

Pramugari: Saya basuh muka tiap tiap hari sekali selepas bertugas sebelum tidur.

Pak Cik: “Make Up” yang puan pakai di muka puan jenama apa?

Pramugari: (Dengan bangga) Kami pramugari semua pakai jenis jenama yang terkenal dari Peranchis.

Pak Cik : Puan, kalau begitu kaki pak cik ni lebih bersih dari muka puan.
Pramugari: Eh! pak cik jangan merepek.

Pak cik: Pak cik tak merepek tetapi ini kenyataan.Pak cik cuci kaki sekurang kurang nya 5 kali sehari sebelum solat.Sedangkan puan cuci muka hanya sekali sehari.Jadi di antara kaki pak cik dengan muka puan yang mana lebih bersih? Lagi pun puan guna “make up” jenis yang tak suci lagi tak halal ertinya bernajis.Maka memang layak muka puan yang bernajis tu di basuh guna mangkuk tandas ini aje.

Pramugari: Tak terkata, malu,geram, lalu beredar.
Apa kah iktibar dari kisah ini? Saya serahkan kepada pembaca sendiri untuk menilai.

Wallhu’alam.

Yang Bertudung Labuh..!!

Bertudung labuh; Hinalah!, Herdiklah, Cacilah!
Bertudung labuh; Hinalah!, Herdiklah, Cacilah!

Hinalah mereka!,
Hinalah mereka yang bertudung labuh!,
Hinalah mereka yang menutup aurat dengan sempurna,
Hinalah mereka Hamba Allah yang patuh!.

Hinalah mereka!,
Bertudung labuh hipokrit!,
Bertudung labuh hodoh!,
Bertudung labuh ketinggalan zaman!.

Herdiklah mereka!,
Hanya kerana mereka tunduk patuh kepada suruhan Allah!,
Sanggup mengenepikan nafsu yang membuak untuk memuaskan keinginan diri!,
Untuk tidak mendedahkan mahkota berharga buat tatapan nafsu si teruna.

Cacilah mereka,
Kerap kali tuduhan fitnah terus dicurahkan!,
Hanya kerana si dia bermaksiat, habis semuanya dikatakan sama!.
Stereotapsi sana sini!,
Teruskanlah!, mereka hanya ikhlas kerana Allah!.

Mereka sanggup!, sanggup berpanasan!,
Dikala teriknya matahari!,
Sanggup berpeluh hanya kerana kehadiran si dia bukan mahram!.
Memikirkan Allah dan Rasul lebih dari segalanya!.

Perlilah mereka!,
Dikatakan berlebih-lebihan menunjuk ke’aliman!,
Sedangkan mereka berusaha yang terbaik,
Tetapi dusta menjadi tafsiran!.

Satu demi satu tuduhan, hinaan, cacian saat mereka melangkah,
Mengumpat, memfitnah, mencela,
Dimanakah pergi erti kemanusiaan?
Atau lantangnya suara memekikan Amar Ma’ruf Nahi Mungkar?!,
Saat si dia melutut pada Allah, dikatakan lagak bagus!.

Dunia, dunia kini penuh dengan penipuan, kesombongan manusia!.
Kata-kata manis terus diekpresikan seindah bunyi siulan burung,
Tetapi realitinya busuk dan kotor,
Prioritinya dunia bukannya si Dia.

Hai mereka yang bertudung labuh,
jagalah akhlak mu! jangan kerana engkau seorang habis punah mereka yang lain,
janganlah engkau menganggap diri itu sempurna, luruskan niat mu!,
kerana Allah sayang pada mereka yang ikhlas dan taat pada SuruhanNya.

Hai mereka yang bertudung labuh!
Islam itu datangnya asing!,
kembalinya pun asing!,
beruntunglah kau saat kau diasingkan!,
kerana kelak kau akan diasingkan bersama Rasulullah didalam syurga!

Hai yang bertudung labuh,
Janganlah bersedih!. Janganlah berduka!.
Tabahkan hati, kuatkan Iman tingkatkan taqwa!,
Biarkan berapa banyak sekalipun longgokan manusia merendahkan anda,
Kerana ingat, disisi Allah, andalah yang tinggi dan mulia!.
Janji Allah itu pasti, dan dia Maha Menepati Janji.

Memaafkan Untuk Syurga..

Setiap hari di bumi Allah, kita berhubungan dengan makhluk lain ciptaan Allah terutamanya sesama manusia.
Jika kita seorang ibu yang bekerjaya, selalunya kita akan berhadapan dengan suami, anak-anak, rakan sekerja dan ramai lagi.
Pastinya dalam hubungan itu, kadangkala hati kita disakiti atau muncul perasaan benci kerana berlaku salah faham.
Kadangkala amat sukar untuk kita memaafkan. Apatah lagi melupakan sesuatu yang menyakitkan hati dan perasaan.
Kita selalu memberi alasan bahawa iman kita bukanlah sehebat iman seorang Nabi.
Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW duduk bersama sahabat di dalam masjid lalu baginda bersabda dengan ertinya: "Sekarang ini seorang lelaki penghuni syurga akan muncul dari sebelah pintu itu."
Maka muncullah seorang lelaki yang baru sahaja selesai mengambil wuduk.
Janggutnya masih basah dan menitiskan air sisa wuduk. Kemudian dia solat sunat dua rakaat dan setelah itu dia duduk.
Pada hari kedua Rasulullah SAW berkata lagi dengan ucapan yang serupa dan begitulah juga pada hari ketiga.
Ibnu Umar RA mengekori lelaki tersebut dan memohon agar dapat tidur di rumahnya. Dia amat hairan kerana lelaki tersebut biasa-biasa sahaja. Seperti orang lain juga yang mendirikan solat, berpuasa, berzikir dan lain-lain.
Lalu Ibnu Umar RA bertanya kepadanya, "Wahai saudara! Demi Allah sebenarnya aku ingin mengetahui cara amalanmu kerana aku mendengar Rasulullah SAW telah bersabda sebanyak tiga kali bahawa kamu termasuk salah seorang penghuni syurga. Amalan apakah yang kamu lakukan sehingga kamu boleh meraih penghargaan yang hebat daripada Rasulullah SAW? Setiap malam aku memerhatikan amalanmu, tetapi solat sunatmu tidaklah terlalu banyak, dan begitu juga dengan amalan lain yang tiada beza dengan kebanyakan orang."
Lelaki itu menjawab, "Demi Allah, tiada tuhan selain Dia! Sebenarnya amalanku biasa-biasa sahaja. Tiada perkara yang perlu dilebihkan dari kebanyakan orang. Namun apa yang terpenting, iaitu ketika aku ingin tidur pada waktu malam, aku tidak pernah menyimpan rasa dendam, tipu daya, hasad dengki dan iri hati kepada mana-mana orang Muslim. Hanya itulah yang aku lakukan sepanjang hidupku."
Maha Suci Allah, sungguh hebat darjat seorang Muslim yang suci hatinya dari perasaan dendam, hasad dengki dan iri hati terhadap sesama manusia.
Mereka tenang di dunia dan juga bahagia di akhirat...

Thursday, 2 June 2011

~Betapa Aku Telah Lari Jauh DariMu Ya ALLAH...*_*

Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ya Tuhanku, aku akui kekuasaan-Mu, nikmat lagi rahmat buat diriku tak terbalas olehku. Segala pujian bagi-Mu Ya ALLAH,Tuhan Yang Maha Pengasih. Selawat dan salam buat kekasih-Mu,Nabi Muhammad S.A.W,keluarga serta sahabat baginda S.A.W.

Ya ALLAH,
Sunyi malam ciptaan-Mu telah menggamit hatiku untuk meluahkan pendaman yang telah lama kusimpan.Tenang angin hembusan malaikat-Mu menaikkan rasa sayu dan menambahkan keinginanku terhadap maghfirah-Mu.Namun aku sedar siapalah diri ini. Terlalu kecil untuk dipandang,terlalu hina untuk dikasihi,terlalu kotor untuk didampingi Tuhan Yang Maha Agung.

Ya Tuhanku,
Jika dahulu,titisan air mata kekesalan sering dititiskan untuk-Mu, namun kini aku tercari-cari kemana hilangnya. Pastinya segala dendaman dosa telah menjadi kubu dan menghalang diri ini memperoleh ketenangan hakiki. Jika dahulu,kerap kali lidah ini memohon keampunan-Mu, tetapi kini anggota ini banyak sekali menyumbang dosa, kata-kata dusta dan sia-sia menjadi hiasan lisan yang meragut kesucian iman dan aku semakin tenggelam dalam lautan mungkar dan noda.


Ya Rahman,
terasa benar hati ini sekeras batuan dipantai. Kalimah suci dari kitab-Mu tidak lagi berkesan untuk memberi keinsafan pada diri ini. Bingkisan nasihat dan teguran langsung tidak melekat pada dinding hati ini sebagai peningkat tahap keimanan kepada-Mu. Sekalipun aku sedar, namun diri ini terlalu berat untuk memohon keampunan-Mu. Kadang-kala aku lupa,lalai dan selalu merasa sukar untuk mencapai keikhlasan dalam panjatan doa-doa seharian kepada-Mu.


Ya Jabbar,
Segala perlakuan dan kata-kata dilontar tanpa menyedari Engkau Maha Melihat dan Maha Mendengar.Ibadat yang dilakukan tiada didahului dengan keinginan memperolehi REDHO-MU.Aku seumpama melangkah jauh dari-Mu dan hakikatnya Engkau tidak pernah lupa padaku. Terbukti apabila nikmat dan kurniaan dari-MU kekal Engkau anugerahkan. Pelbagai bentuk ujian Engkau turunkan agar diri ini sedar segala kesilapan dan kembali mendekati-MU. Dan disinilah aku berteleku diatas hamparan usang menghadap kiblat-Mu,memohon keampunan yang tidak pasti kumiliki.

Ya Ar-Rahim,
Hinanya hamba-Mu ini....
Ya ALLAH,apabila jasad dan hati ini tidak tahan dengan ujian barulah diri-Mu didekati. Kemanakah hilangnya ikrar dan janji yang dilafazkan setiap hari untuk bergantung dan berserah diri kepada ALLAH setiap masa dan ketika? Adakah NERAKA-MU yang bakal dihuni kerana keingkaran diri daripada menurut perintah-Mu. NA”UZUBILLAHI MIN ZAALIK... JAUHKAN AKU DARI SEKSA-MU YANG PEDIH...


Ya Aziz,
Entah sampai bila aku harus berterusan begini. Kekadang patuh dan menumpahkan sepenuh cinta kepada-Mu. Kekadang berlaku mungkar dan khianat pada janji sebagai hamba dan khalifah-Mu. Tetapkanlah IMAN DIHATI INI YA ALLAH. Dan bantulah aku untuk melakukan segala amanah sebagai hamba-Mu dan KHALIFAH dimuka bumi-Mu. Lenturkanlah kekerasan hati ini dan kurniakanlah KEREDHOAN-MU...

Ya ALLAH,
Terimalah sebenar-benar pengakuan yang dilafazkan oleh hamba-Mu yang kejahilan ini. Seandainya hidupku ini hanya menambah MURKA-Mu dan membebankan diri ini dengan tanggungan dosa, Engkau bantulah diri ini untuk berubah kepada yang lebih baik. Sekiranya mati itu lebih baik bagiku, Engkau matikanlah aku dalam HUSNUL KHOTIMAH. SESUNGGUHNYA ENGKAULAH TUHAN YANG MAHA MENGABULKAN SEGALA DOA DAN PERMINTAAN HAMBA-MU…

Ya ALLAH..
Anugerahkanlah sedikit rasa cinta pada Mu Tuhan, agar aku tidak mencintai selain Mu. Supaya apa yang ada, ku korbankan untuk Mu, atau berilah sedikit rasa takut pada Mu Tuhan, agar aku dapat mengawal diri ku patuh pada suruhan Mu, menjauhi larangan Mu. Hidupkanlah jiwa aku dengan mengingati Mu Tuhan. Bangunkanlah jiwa aku dengan takut kepada Mu, agar rasa kehambaan ku subur di dalam jiwa ku, cinta dan takut memenuhi jiwa ku, inilah yang akan menyelamatkan aku. Kalau tidak kerana ini sudah tentu aku lalai dengan Mu selalu, aku lupa suruhan Mu dan larangan Mu, Setiap waktu nafsulah yang mempengaruhi ku, syaitanlah yang akan menipu daya ku..

Robek -robeklah hatiku ini dengan takutkan-Mu, pecah-pecahkanlah hatiku dengan kehebatan-Mu, Hancur luluhkanlah hatiku dengan Jabbar dan Qahhar-Mu, Hiris-hirislah hatiku dengan Rahim dan Rahman-Mu, kecut dan reput-reputkanlah hatiku dengan Qudrat dan Iradah-Mu, agar jangan manusia dan kuasa merobek--robek hatiku, Supaya kebesaran manusia tidak pecah-pecahkan hatiku. Jangan sampai zalim dan kezaliman manusia menghiris-hiris hatikku. Aku berlindung dengan-Mu daripada makhluk yang merosakkan hatiku, juga aku berlindung dengan-Mu, jangan sampai dunia dan nikmatnya merosak hatiku Tuhan, selamatkanlah hatiku daripada dirosakkan oleh pujian.

Ya ALLAH..
Peliharalah hatiku daripada nikmat dunia dan keindahannya, Tuhan apalah ertinya aku cintakan syurga-Mu. Pada hal hatiku tidak mencintai-Mu, Apalah ertinya aku takutkan neraka-Mu, sedangkan hatiku tidak takut dengan-Mu Tuhan! Hidayah-Mu yang kupinta, Taufiq-Mu yang aku mahu, Selamatkanlah aku Tuhan! Peliharalah aku, pimpinlah aku ke jalan keselamatan, Engkau adalah Tuhanku,pelindungku...

Ya ALLAH..
Dengan berkat nabimu dan berkat guruku luruskan hatiku agar agamaku lurus, betulkan hatiku agar ku ikhlas selalu, tetapkanlah hatiku agar ku tak tergugat dengan ujian yang menimpa, ya Allah Tuhan yang mencipta hati bersihkanlah hati ku agar mazmumah ku tidak merosakkan agamaku dan juga tidak merosakkan kehidupan orang lain. Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati kuatkanlah hatiku agar keyakinanku tak berubah, supaya aku sentiasa tabah, Tuhan engkau rasakanlah hatiku sentiasa bersamamu supaya aku rasa ada kawan melindungku agar aku tak rasa sepi di dalam hidupku, aku merasa aku melanggar perintah dan aku sentiasa siap siaga menunaikan suruhanmu.

Ya ALLAH, Tuhan yg menjaga hati,
Baikilah hatiku, agar seluruh hidupku menjadi baik, supaya tidak khianat, dan tidak hasad, dan tidak berdendam sesama manusia, Tuhan, limpahkanlah ke dalam hatiku , Ilmu dan hikmat, hingga aku dapat menyuluh hati, dan menyuluh kehidupan ku, supaya lahir batin ku bersyariat, agar lahir batinku manjadi taat, Tuhan, aku harap engkau kabulkanlah doaku ini, amin..ya rabbal alamin...
PERKENANKANLAH YA ALLAH...